put your amazing slogan here!

Tonton Cinta Jannah Slot Akasia TV3 Full Episod


Tonton Cinta Jannah Slot Akasia TV3 Full Episod

Sinopsis Cinta Jannah TV3
. Drama ini mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Jannah (si Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi.

Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.

Duit tersebut juga dapat digunakan untuk membuat kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.

Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, beg tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.

Secara kebetulan, Izaryl (si Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (si Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.

Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah.

Cinta Jannah drama bersiri 24 episod. Diarahkan oleh Azmi Hatta akan keudara di Slot Akasia TV3 (Isnin-Khamis, 7 petang). Pelakon yang membintangi, Aeril ZafrelNelydia Senrose, Reen Rahim, Ramona Zam Zam, Fadilah Mansoor, Saharuddin Thamby, Dian P Ramlee, Kartina Aziz dan Ezany Nizariff.

Lagu tema/lagu latar Cinta Jannah. Misha Omar - Angin Syurga, Erry Putra - Tidak Tidak.

Tonton Cinta Jannah Episod 2, Slot Akasia TV3 - CLICK HERE!
Tonton Cinta Jannah Episod 1, Slot Akasia TV3 - CLICK HERE!


0 comments:

Post a Comment